Tuesday, February 24, 2009

Jangan sampai rakyat mapuh keghah kerana politik

Untuk seorang yang ketagih membaca kesah-kesah politik macam aku, apa yang sedang berlaku di Malaysia kini merupakan satu heaven-sent, kata orang. Dan aku yakin beribu, malah mungkin berpuluh ribu kalau tak pun beratus ribu orang rakyat Malaysia yang menghabiskan berjam-jam masa mereka sehari sibuk dengan isu-isu politik. Dengan kes Perak, kes bogel Eli Wong, kes Khalid di Selangor, PAU UMNO bulan depan dan sebagainya, terlalu banyak yang boleh diulas, digoreng dan dibincangkan. Dan kini ada 3 pilihanraya kecil pulak. Sampai tiga!

Tetapi aku menahan diri aku dari mengulas dan mengkomen sama ada dalam blog ini atau dalam blog orang, kerana satu protes peribadi yang mungkin tak bermakna apa-apa kecuali pada diri aku dan juga mereka yang di bawah tanggungjawab aku. Protes apa? Protes tentang kebiolan kita semua menghabiskan segenap tenaga, otak dan masa kita untuk isu-isu politik, sedangkan masalah sebenar kita hari ini bukan politik, tetapi ekonomi dan langsung dari itu kesejahteraan rakyat.

Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang hilang kerja atau dipotong gaji yang banyak atau berkurangan teruk untung perniagaan mereka atas sebab krisis ekonomi, tuan-tuan dan puan-puan pembaca sekalian. Bila hilang kerja, maka tidak ada duit yang masuk. Bila tidak ada duit yang masuk, maka anak-anak nak makan apa? Baby nak bagi susu apa? Duit sekolah anak-anak macam mana? Kalau ada savings, boleh jugalah gunakan savings, itupun sampai bila? Tapi dari pengalaman bergaul dengan golongan susah (aku kategori menengah kot), biasanya apa yang dikatakan savings ini tidak wujud. Sebilangan besar rakyat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah hidup semata-mata atas gaji bulanan atau harian. Kita orang dewasa boleh makan bahan makanan paling minimum yang tak ada khasiat sekalipun, tapi anak-anak kita bagaimana?

Sesungguhnya terdapat kesusahan yang sangat besar dalam negara kita pada masa ini tuan-tuan dan puan-puan. Ini adalah masalah negara nombor satu. Tak ada apa yang lagi penting dari masalah rakyat tak cukup makan.

Tapi kita sibuk sangat berpolitik. Apa bestnya kemaluan Elizabeth Wong tu sampai berjuta-juta jam produktif pemimpin dan rakyat kita dihabiskan bincang isu itu. Apa kecoh sangat ke hal lembu korban dan hal maintenance kereta sampai hal ekonomi dan kesejahteraan rakyat jadi isu sampingan? Apa sibuk sangat samada Chua Soi Lek dapat oral seks atau tidak? Apa kes hidup mati ke siapa yang jadi V-P UMNO sampai 8 orang nak bertanding – kalau duduk dalam MT tak boleh ke bagi khidmat pada parti, bagi idea untuk majukan negara dan sejahterakan rakyat? Mati ke kalau BN pegang Perak, tunggu aja lah next General Election, apa yang sibuk sangat macam dunia dah nak kiamat lakunya?

Sudah tiba masanya pemimpin BN mahupun Pakatan Rakyat, meletakkan fokus pada isu yang sebenarnya, iaitu kegawatan ekonomi dan kesusahan rakyat. Begitu juga dengan mainstream media, bloggers dan pembaca, tumpukan usaha dan minda anda pada isu ekonomi dan berbincang cara mengatasi kesusahan rakyat. Jangan hanya bercakap kononnya memperjuangkan rakyat, tapi segala tenaga dan usaha habis semuanya digunakan memburuk-burukkan orang, membuka dan menjaja aib orang, memfitnah orang, bergaduh nak rebut kuasa, dan sebagainya.

Aku hanya mengingatkan.

Ya, dalam banyak segi kita menghadapi beberapa krisis politik. Tapi sesungguhnya kita di dalam krisis ekonomi yang JAUH lebih besar. Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk sama-sama memikirkan, mencadang dan membahas idea dan langkah mengatasinya.

9 comments:

  1. Salam Tuan,
    Artikel yang baik. Sangat tepat! Para pemimpin politik perlu berkerja keras untuk memastikan ekonomi berada di landasan yang sepatutnya. Masa untuk berkerja. Rakyat memerlukan para pemimpin membela nasib mereka dalam hal ekonomi.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tuan kerana datang sini. Iye betul, saya banyak bercampur dengan kawan-kawan yang duduk flat, orang-orang susah bergaji kecil dan beranak ramai. Ada yang dah disuruh tak payah datang kerja lagi, gaji dah lama tak dapat. Makan nasi tak ada lauk, telur pun dah mahal sangat, apatah lagi ayam dan ikan. Macam mana ini? Tapi mcm mana kerajaan mau concentrate kalau sana-sini kacau-bilau politik ditimbulkan hari-hari. Susah.

    ReplyDelete
  3. saya dah kata..anwar ibrahim adalah punca segala-galanya..kerana dendamnya kepada umno dan tun, segala-galanya menjadi halal baginya. rakyat dipergunakan olehnya untuk mencapai cita-cita peribadinya.

    politik sekarang lebih kacau bilau berbanding dahulu. semua mangkuk politik menjadi pening.

    demi untuk survivial masing-masing, kepentingan rakyat sudah tidak menjadi agenda buat mereka.

    pemimpin yang dipilih oleh rakyat sedang berperang untuk dirinya sendiri dan bukan lagi untuk rakyat.

    ReplyDelete
  4. salam tuan.

    artikel yang sangat tepat dan benar. saya dah mula muak denga cerita politik negara. nampak kat paper, baca headline je. cukup dah...

    saya harap tuan dapat menyiarkan pandangan tuan tentang bagaimana untuk mengatasi (atau sekurang-kurangnya survive) dalam ekonomi dunia sekarang ni. bukak bisnes? berjimat-cermat? masuk MLM? hehe.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    Kawe amat bersetuju dengan demo. Tapi jangan fokus hanya kepada Jamaluddin Jarjis sahaja bang hehehhee.Hes not the hero just because he surrender before the battle. Ada sebab lain tu....hehehhee. Walauapapun,kita telah kemabukan politik sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. Orang kampung,

    Betul. Anwar dan PKRnya banyka menyebabkan kecoh hari ini. Tapi klu Tuan ingat balik, sebelum Anwar mula bising-bising b4 PRU12, Tun lah yang paling vokal memporak-perandakan suasana. Jadi tak boleh nak salahkan satu orang atau satu parti atau satu pihak. Hampir semua salah, termasuk bloggers dan pembaca blog. Kenapa pembaca blog jugak salah? Sebab bloggers nampak, setiap kali depa tulih cerita politik yang panas2, visits naik, jadi depa pun teruskan. Mudah, ada demand ada supply.

    Kalau nak kira, sampai sekarang Tun pun 2x5 cerita politik juga. Kalau nak tengok yang genuine risaukan ekonomi, mungkin Ku Li.

    Ryzal,

    heh, memanglah bukan focus kat JJ je. Cuma aku suka bila org tanya apa cabaran negara, jawapannya fokus kepada ekonomi, bukan politik. Nampak yang dia bukan fikir politik memanjang. Itu je. Lagipun aku malas nak tengok apa org lain cakap, pasal aku google dia je time tulis blog ni. Kalau nak kira Ku Li punya views lagi boleh quote.

    lordapes,
    Memang teringin, tapi kena fikir lebih sikit. Lepas tu kena susun idea. Tak sempat bai. Kerja banyak.

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan,

    Kemana arah politik kita diketika ini,
    tak habis-habis nak bersengketa sesama sendiri.

    Fikir-fikirlah kepada ekonomi pulak.
    Kesian pekerja-pekerja kita kehilangan pekerjaan akibat krisis ekonomi sekarang ini.

    Tiada kerja, tiada gaji, tiada gaji, tiada nak makan, tiada makan, ..........

    Fikir-fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  8. Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
    Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

    Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

    “Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

    Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
    Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

    Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

    Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

    Allah SWB berfirman :

    " Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

    Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
    Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

    Ingatlah wahai saudaraku...

    Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

    MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

    Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

    ReplyDelete
  9. Salam Tuan,

    Marilah kita bersatu bersama pemimpin Malaysia memulihkan ekonomi dari bercakaran sesama sendiri.
    Ekonomi negara tidak mengira anda penyokong kerajaan atau pembangkang.
    Kita pergi ke pasar yang sama.

    ReplyDelete