Friday, December 26, 2008

Menentang komunis Malaysia versi baru

Ramai Melayu dibunuh komunis, hari ini mereka disanjung.

Secara tiba-tiba banyak cerita zaman komunis yang naik baru-baru ini. Hal RPK yang mengatakan Chin Peng pejuang kemerdekaan, kes perjuangan DAP dan MCA menuntut duit dari British tentang apa yang dikenali sebagai Batang Kali massacre, dan sudah tentu ulasan-ulasan dalam berbagai blog pasal hal ini. Benda ni bukan baru, malahan sesetengah orang macam bekas MP Kampar James Wong Wing-On dari DAP yang bekerja dengan Malaysiakini memang dari dulu sudah beria-ia memperjuangkan komunis dan bermati-matian mempertahankan Parti Komunis Malaya yang banyak membunuh Melayu Perak termasuk Melayu di kawasan Kampar sendiri. Tapi yang paling best dan paling kurang mendapat perhatian adalah aktiviti penjenamaan semula komunis dan Parti Komunis Malaya oleh sekumpulan anak-anak muda di Central Market lebih kurang dua bulan lepas.

Aku sebenarnya tak mahu masuk campur sangat kalau tiba-tiba ramai pulak bebudak Cina dengan India mahupun Melayu sekalipun yang tiba-tiba mahu memperherokan Chin Peng dan geng-geng komunisnya yang di tangan mereka bermandi darah Melayu di samping darah Cina dan India, sambil memperlekehkan dan membaruakan beribu pahlawan negara yang berjuang menjaga keamanan bangsa dan negara dalam pasukan polis dan tentera.

Nak buat macam mana, dah depa nak jadi macam tu, walaupun aku nak sangat tengok budak-budak ni buat pementasan macam ni dalam Bahasa Kebangsaan pulak kat kampung-kampung Melayu kat Sungai Manik ke, Batu Pahat ke, Gerik ke. Mesti orang-orang kampung suka dan teruja tengok show depa. Mesti orang-orang kampung turut menangis kasihan kepada komunis-komunis ini atas kesusahan dan perjuangan mereka.

Apa patutnya tindakan anak cucu mangsa komunis kepada bangsat-bangsat ini?

Amacam FiveArtsCentre, Wong Tay Sy, Grey Yeoh, Norman Teh, Fahmi Fadzil, Janet Moo Tein Ni, Lim Chung Wei, Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Fahmi Reza, Hari Azizan, chi too, David Xavier, Lau Mengq Yek, Renita Che Wan, Tan Zi Hao, Mark Teh, Amir Muhammad, Azmyl Yunor, Chu Chu Yuan, Hardesh Singh, Imri Nasution, Jerome Kugan, Leow Puay Tin, Azmi Sharom, Mavis Puthucheary, Tricia Yeoh, Marion D'Cruz, Elaine Pedley, Seng Yu Jin, Koh Nguang How, Amanda Low, Anne James, Bryan Chang, Faiqsyazwan Kuhiri, Jo Kukathas, Lew Chee Seong, Kee Thuan Chye, Malik Imtiaz Sarwar, Mislina Mustaffa, Yasmin Ahmad dan geng-geng lain, takkan tak berani kot? Tak pun buat kat dalam kem RAMD ke, PPH ke, Renjer ke.

Baru Berani! Baru Revolusi! Setakat main Bangsar, Brickfield, Bangsar, Brickfield je tak payah la.

Memang sebenarnya aku tak nak masuk campur, walaupun nak kata aku tak kesah tu tipu la. Tapi apa yang aku kesah adalah mana dia penentangan atau penjelasan dari ahli-politik Melayu pasal hal-hal berkaitan penjenamaan semula komunis ni. Yang ada cuma dari bloggers saja. Tahniah kepada Datuk Ron, Jebat Must Die dan Dari Kacamata Melayu kerana memberi penjelasan alternatif anda.
.................................................................

Sebelum apapun, elok kita mengimbau semula sejarah tanah air kita ini.

Satu kekeliruan yang sering ditimbulkan secara sengaja oleh banyak pihak ialah percubaan memaparkan bahawa sejarah tanah air kita ini bermula dari tahun-tahun kemerdekaan sahaja, seolah-olah sengaja mahu membuat anak-anak dan cucu kita malah generasi kita sendiri supaya mempunyai tanggapan bahawa hak kita di bumi ini hanya bermula baru-baru ini sahaja. Satu lagi kekeliruan yang suka ditimbulkan oleh pengacau-pengacau keamanan dan pengkhianat moden berbagai bangsa ini ialah bahawa komunis seperti Chin Peng itu ialah pejuang kebangsaan dan kemerdekaan.

Sebenarnya bumi ini telah lebih seribu tahun dihuni dan diperintah oleh bangsa nusantara, dan selama itu juga-lah telah dikenali sebagai bumi Melayu - Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).

Penjajah British hanya datang sebagai sebuah kuasa politik di tanah ini agak lewat iaitu pada tahun 1786, itupun di Pulau Pinang. Di negeri seperti Johor, penjajah British tidak pernah pun memerintah mahupun menguasai tanah itu. Manakala di banyak negeri lain, kehadiran kuasa asing hanyalah terhad kepada beberapa aspek tertentu sahaja. Hanya di negeri-negeri Selat sahaja penguasaan politik oleh British boleh dikatakan mutlak.

Orang Cina dan India pula hanya datang beramai-ramai pada awal abad ke 20, itupun atas kemahuan penjajah British untuk bekerja dalam syarikat perlombongan dan estet mereka dan bukannya atas kemahuan dan jemputan pemilik sebenar tanah air ini, iaitu orang-orang Melayu melalui Raja-Raja Melayu.

Walaupun di awal abad ke-20 ini, jumlah kaum Cina sangat ramai, hingga di sesetengah tanah Melayu seperti di Singapura, Pulau Pinang, Ampang, Taiping dan Lembah Kinta jumlah mereka melampaui rakyat negara ini sendiri iaitu orang Melayu, kaum Cina ini tidak pernah sebenarnya mempunyai apa-apa hak di negara ini. Kedudukan mereka sebenarnya lebih bawah dari kedudukan pendatang-pendatang asing Bangladesh dan Myanmar yang bekerja sebagai buruh binaan dan pelayan restoran dan security guard masa ini. Ini kerana pendatang asing hari ini dijemput oleh tuan tanah dan kerajaan yang berhak, sedangkan orang Cina dan India masa itu dibawa masuk oleh penjajah.

Sebaliknya Orang-orang Cina pendatang ini, yang kebanyakannya dari Wilayah-wilayah Kwangtung dan Fukien, hidup dalam dunia mereka sendiri sebagai sebahagian dari diaspora besar negara asal mereka, iaitu China. Di awal abad ke-20, isu paling besar bagi kaum Cina pendatang ini ialah berkaitan menggulingkan pemerintahan Dinasti Qing (kerajaan Manchu) di negeri China di bawah pimpinan Dr Sun Yat Sen. Dr Sun Yat Sen disokong kuat oleh kumpulan Liga Hung (Hung League) atau juga dikenali sebagai Heaven and Earth Society di China (yang selalu kita tengok dalam filem-filem kung fu lama China). Di Tanah Melayu, Heaven and Earth Society ini dikenali sebagai Ghee Hin, satu nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang belajar sejarah.

Apabila Dr Sun Yat Sen berjaya menghancurkan Dinasti Qing pada 1912 dan menubuhkan Kuomintang (KMT), ramai daripada mereka ini juga terlibat menubuhkan cawangan Kuomintang di Tanah Melayu pada 1913 dan bergerak sebagai sebahagian daripada politik tanah Besar China. Apabila komunis mula kuat di China mulai awal tahun 1920-an, ramai kaum Cina di Malaysia juga mula memegang idea komunisme dan menyusup masuk dalam KMT Tanah Melayu di samping bergerak cergas melalui kesatuan-kesatuan sekerja. Pada tahun 1931, iaitu tiga tahun selepas tertubuhnya perang saudara di China antara KMT dan komunis, Parti Komunis Malaya pula ditubuhkan.

Di awal penubuhan rasminya, PKM ini beroperasi memperjuangkan apa yang diarahkan oleh dasar Comintern pada masa itu, iaitu menegakkan negara komunis di negara tempat tinggal masing-masing, walaupun negara itu negara orang dan bukan negara mereka sendiri. Atas sebab ini dan di bawah bimbingan Biro Timur Jauh Parti Komunis Rusia yang beroperasi di Shanghai, PKM menentang British kerana British itu golongan kuasa paksi (Axis) dan bertentangan dengan ideologi mereka.

Apabila Perang Jepun-Cina meletus pada tahun 1937, seluruh diaspora Cina bersatu membenci dan menentang Jepun. Lalu apabila Jepun menyerang Tanah Melayu pada 1941, PKM menentang Jepun secara bawah tanah. Oleh kerana objektif mereka sama dengan British, iaitu ingin menewaskan Jepun, sudah tentu sekali kumpulan Cina ini yang pada masa ini mula dikenali sebagai MPAJA, menerima bantuan British melalui bantuan senjata dan askar Force 136, bak kata pepatah “The enemy of my enemy is my friend”.

Dan apabila Jepun menyerah kalah akibat peristiwa bom atom Hiroshima dan Nagasaki, kaum Cina ini mula keluar dari hutan dan menunjukkan belang sebenar mereka. Tanpa memperdulikan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu, mereka mengisytiharkan bahawa Tanah Melayu ini sekarang milik mereka. Di bandar-bandar kecil yang telahpun ditinggalkan sepenuhnya oleh askar Jepun, mereka diarak dan diraikan. Orang-orang Cina membina pintu gerbang dan sepanduk melaungkan kejayaan komunis. Pada masa yang sama mereka mula membunuh ramai orang Melayu. Beribu-ribu orang Melayu dibunuh oleh komunis, hinggalah kedatangan semula British di bawah BMA (British Military Administration).

Apabila British masuk kembali dan enggan menyerahkan Tanah Melayu ke bawah pentadbiran MPAJA, kumpulan Cina ini kembali semula masuk ke hutan dan berperang pula dengan pentadbiran British. Kumpulan KMT pula, yang bila Jepun kalah mula bergaduh semula dengan musuh lama mereka komunis, menubuhkan MCA, dengan seorang kolonel Kuomintang, Tun Henry H.S. Lee menjadi menteri kewangan Malaysia yang pertama.
...........................................................................

Kisah di atas ini sebenarnya satu ringkasan sahaja apa yang berlaku, dan tujuannya hanya satu iaitu untuk menegaskan bahawa CINA KOMUNIS TIDAK PERNAH PADA BILA-BILA MASAPUN MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN BUMI TANAH MELAYU INI.

Sebaliknya tujuan mereka hanyalah berjuang untuk kepentingan mereka sendiri dan untuk kepentingan Tanah Besar China (bukan kepentingan Tanah Melayu) dan untuk kepentingan ideologi komunis dunia di bawah arahan Comintern. Motif mereka berdasarkan semangat cintakan tanah air China mereka (bukan semangat cintakan Tanah Melayu), semangat marah pada Jepun berikutan events di China (bukan di Tanah Melayu) dan untuk mengambil alih ketuanan dan kuasa di Tanah Melayu. Dan sudah tentu, dari dulu sampai sekarang, mereka memang pandai memutarbelitkan kata-kata (spin) seolah-olah merekalah pejuang, sedangkan sebenarnya mereka hanya pembunuh dan pengkhianat Tanah air ini.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang memperjuangkan Chin Peng atau mana-mana komunis dari PKM adalah sama ada bodoh atau cuba untuk menipu. Apapun mereka harus ditentang. Kepada orang-orang Malaysia yang pernah saudara-mara mereka dibunuh dan dizalimi komunis, menjadi tanggungjawab kita semua untuk sama-sama bersuara menentang trend ini yang nampak gayanya semakin menjadi-jadi.

Kepada pemimpin politik Melayu, tidak kira lah dari parti apa, rentikanlah menjadi boneka dan kerbau puak-puak komunis ini. Jangan jadi pengkhianat bangsa zaman moden.

Dan kepada sesiapa yang terbaca artikel ini, sila copy dan pastekan di blog anda dan sebarkan. Sila juga link kan ke blog ini, kerana dalam artikel-artikel seterusnya saya akan terus menulis berkaitan hal-hal sebegini.

Thursday, December 18, 2008

Anak cucu tumpang lalu

Ada berapa juta blog kat Malaysia ni? Ada artikel yang aku baca kata lebihkurang 700,000 lebih, tapi aku rasa angka tu tak betul. Campur pure blog dalam blogger atau wordpress, campur website yang guna blog enjin, campur website yang intipatinya macam sebuah blog, aku rasa mungkin juta lah kot blog yang dibuat orang Malaysia je.

Daripada ni berapa ramai pulak agaknya blog sosio-politikal, yang mana penulis2 yang kebanyakannya sekupang-tiga (iaitu dengan harga sekupang je boleh beli tiga orang macam ni) cuba memberikan pendapat dan kononnya kupasan mereka tentang hal-hal politik Malaysia? Ribu-ribu dah gerenti, silap2 mungkin angkanya ratus2 ribu.

Jadi kenapa lah aku sibuk2 menambah kepada angka ini. Baru-baru ini, membaca post dari seorang blogger KijangMas dalam blog beliau deminegara, memberi aku kesedaran bahawa sapa pun, asal saja penulisannya jelas, mudah dibaca dan ada isi, walaupun ada ratusan ribu blog lain yang lebih awal dimulakan, kesannya pasti ada. Dan seperti mana mamat KijangMas ni memberi kesan kepada aku, maka itulah harapan aku juga, menyumbangkan sedikit pandangan yang diharap memberi kesan kepada orang lain juga.

Dalam serangan bertalu-talu orang-orang bukan Islam dan bukan Melayu terhadap kedudukan Islam dan Melayu di Malaysia, aku ada tanggungjawab. Dan di alam cyber, inilah sebahagian dari tanggungjawab aku.