Benarkah DAP dan ahli-ahli DAP boleh disokong serta dibuat kawan?
Bab 2: Perak - Limau Purut Enam Serangkai, Buta Perut Tak Ada Akai
Di Perak, tidak sampai seminggu mencapai kemenangan Pilihanraya 8/3/2008, ketua DAP iaitu Lim Kit Siang menunjukkan Belang Derhaka nya apabila secara terang dan berani ingkar arahan Sultan Perak dan menjatuhkan airmuka Baginda Sultan. Selepas melayan karenah tolak-tarik antara PAS, PKR dan DAP yang bertelagah seperti anak-anak, Sultan akhirnya bersetuju melantik Adun Pasir Panjang Nizar sebagai MB Perak. Tapi Lim Kit Siang pula dengan bongkak dan takburnya mengumumkan pemboikotan Majlis Angkat Sumpah calon Menteri Besar dari Pakatan nya sendiri, iaitu Nizar dari PAS.
http://malaysiakini.com/news/79733
http://blog.limkitsiang.com/2008/03/12/no-dap-cec-mandate-for-pas-menteri-besar-in-perak/
Kalau baru beberapa hari menang sudah begini kelaku nya, sedang kuasa belum di tangan, apakah yang menghalang jika kuasa negara berada di tangan? Kalau benar orang Islam dan Melayu dalam PAS dan PKR cukup kuat, beranikah Lim Kit Siang berkata begini? Sudah tentu beliau disokong sepenuhnya oleh kepimpinan lain DAP. Ini hanya beberapa hari selepas menang pilihanraya! Belum dapat kuasa secara rasmi pun!
Mujur ada peruntukan dalam Undang-Undang Perak bahawa MB mesti dilantik orang Melayu yang menyelamatkan airmuka Lim Kit Siang, yang akhirnya terpaksa juga mengalah. Tetapi apa yang sebenarnya terjadi SEPATUTNYA membuka mata orang Islam dan Melayu tentang sikap sebenar si Lim Kit Siang dan CEC iaitu Pimpinan DAP Pusat.
Lupakah orang Islam dan Melayu Kesah Perlantikan MB ini - bagaimana DAP dan PR sendiri yang MULA-MULA SEKALI ingkar pada Sultan Perak dan institusi DiRaja Perak, lama sebelum kes lompat parti 3 Adun?
Sudah lupakah orang Islam dan Melayu dalam PAS dan PKR tentang hal ini?
Tapi perlantikan Nizar sebagai MB bukanlah satu-satunya peristiwa penting di dalam kes ini.
Kerana sebalik itu semua wujud satu episod yang lebih signifikan, menegakkan roma dan menggegarkan jiwa penyokong-penyokong PAS sendiri, dan sekali lagi SEPATUTNYA membuka mata seluruh rakyat Malaysia tentang sikap DAP sebenarnya.
Apa dia?
Perjanjian Pangkor 2.
Ia didedahkan oleh blogger ulung PAS sendiri, iaitu Penarik Beca atau Abu Bakar Rashid atau Abu Bakar Haq. Penarik Beca bukan orang Umno. Dia orang PAS yang duduk di tengah gobok PAS di Kuala Lumpur. Dia mengelilingi Markaz PAS Taman Melewar dan Pejabat Agung Jalan Raja Laut. Dia malah pernah ditahan polis kerana mengubah logo PDRM kepada gambar anjing dan baru-baru ini ditahan lagi dalam serbuan terhadap Markas pengikut Syiah di Gombak. Beliau Syiah PAS yang sangat membenci pentadbiran Islam di Malaysia.
Apakah kandungan Perjanjian Pangkor 2 ini?
Antara isi kandungan “Perjanjian Pangkor 2” ialah :
1 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.
2 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.
Dalam pembongkaran Penarik Beca bertarikh 16 Mac 2008, katanya
“… berdasarkan maklumat yang saya terima dari adik-beradik dan kawan-kawan saya di Taiping, saya merayu YB Ahmad Nizar Jamaluddin yang dilaporkan telah dipersetujui oleh DAP dan PKR untuk menjadi Menteri Besar Perak supaya menyatakan, benarkah beliau dipaksa oleh DAP supaya menandatangani surat perjanjian khas dengan parti itu?
Saya harap sangat tidak benar. Saya harap sangat adik-beradik dan kawan-kawan saya di Taiping mendapat cerita karut. Khabar angin yang merapu.
Bagaimanapun, jika cerita yang sudah heboh di Taiping itu benar, saya amat berharap Saudara Ahmad Nizar mendedahkan kandungan yang dikatakan dipaksa oleh DAP supaya Saudara tandatangani.
Adakah surat itu merupakan surat perjanjian atau ikrar kepada DAP bahawa Saudara tidak akan melakukan apa sahaja yang tidak disukai oleh parti itu? Memandangkan para pemimpin DAP begitu alergi terhadap Islam dan dilanda PAS-phobia (meminjam istilah Dr Kua Kia Song), apakah kandungan surat itu mengenai Islam?
Saya yakin ahli-ahli PAS berhak mengetahui kandungan surat itu. Walaupun saya hanya penyokong biasa PAS, tetapi sebagai kutu yang dilahirkan di Kampung Jebong, Matang, Taiping, Perak; saya juga berhak mengetahui isi kandungan surat yang dikatakan dipaksa oleh DAP supaya ditandatangani oleh Saudara.
Saudara Ahmad Nizar dan juga Ustaz Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak) yang dikasihi, adakah itu harga untuk menjadi Menteri Besar Perak? Jika benar harganya terlalu mahal, apa megahnya menjadi Menteri Besar?
Saudara Ahmad Nizar dan juga Ustaz Ahmad Awang yang dikasihi, kutu yang dilahirkan di Jebong ini bertanya pada hari ini kerana saya tidak mahu bertanya di Akhirat kelak. Salam dan perlindungan Allah s.w.t. ke atas Saudara berdua.
Seorang lagi blogger PAS iaitu Tarmizi Mohd Jam, yang pernah memegang jawatan PAS di peringkat Pusat dan pernah juga menjadi calon PAS dalam pilihanraya turut mengulas,
DENGAN penuh 'izzah, Fasal 5 Perlembagaan PAS menyatakan:
Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara. Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar.
Setelah bertanya beberapa pihak termasuk peguam, menurut amalan demokrasi, saya difahamkan bahawa PAS berhak mempunyai matlamat perjuangan sedemikian. PAS juga berhak menawarkan matlamat perjuangannya itu kepada rakyat negara ini.
Hak tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.
Bagaimanapun, menurut amalan demokrasi juga, PAS tidak ada hak untuk memaksakan matlamat perjuangan itu ke atas sesiapa pun. PAS hanya boleh menawarkan.
Dan, saya kira, itulah yang dilakukan oleh PAS selama ini apabila secara konsisten ia menyertai pilihan raya di negara ini sejak tahun 1959 lagi.Selain dari itu, Perlembagaan Malaysia yang sering disebut sebagai undang-undang tertinggi negara ini menjamin kebebasan bersuara untuk setiap rakyat Malaysia.
Ia dengan sendirinya bermakna PAS, ahli-ahli dan penyokongnya tidak boleh dihalang dari menyatakan keinginan mereka untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Tidak kiralah kadang-kadang disebut negara Islam, walaupun perkataan negara Islam tidak terdapat dalam fasal itu.
Oleh itu, sebarang perjanjian atau undertaking yang ditandatangani oleh mana-mana pihak yang menyatakan bahawa "I hereby undertake" untuk tidak membuat apa jua pernyataan mengenai negara Islam atau hukum hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.
Oleh kerana itu, sebarang undertaking yang terdapat dalam "Perjanjian Pangkor" di Perak baru-baru ini bukan sahaja bercanggah dengan peruntukan mengenai kebebasan bersuara di dalam Perlembegaan Malaysia malah bersifat anti-perlembagaan dan pihak yang menyediakan undertakings itu hakikatnya menunjuk samseng dan kurang ajar kepada Perlembagaan Malaysia yang sering mereka dakwa sebagai dihormati.
Sebarang ucapan bahawa mereka menghormati Perlembagaan Malaysia biasanya tidak dipercayai kerana dengan jelas mereka sering kelihatan tidak menghormati banyak fasal dalam Perlembagaan Malaysia, contohnya Perkara 3 (1), Perkara 153(1), Perkara 160(2), Perkara 152, Perkara 32 dan Perkara 38(1), Jadual Kelima.
Malah, perbuatan memaksakan "Perjanjian Pangkor" itu juga merupakan pencabulan yang sangat ganas dan kurang ajar ke atas Perlembagaan Malaysia.
Oleh kerana "Perjanjian Pangkor" tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, anti-perlembagaan, menunjuk samseng kepada Perlembagaan Malaysia serta pencabulan yang sangat ganas dan kurang ajar ke atas Perlembagaan Malaysia, ia tidak boleh dipatuhi oleh mana-mana pihak sekalipun, termasuk pihak yang tanpa berfikir dengan sewajarnya menjadikan diri mereka sebagai terpaksa menantangani perjanjian itu dan mempersetujui segala undertakings yang terdapat dalam perjanjian itu.
Dan sekali lagi saya petik tulisan Penarik Beca yang sangat marah dengan DAP dalam posting berikutnya:-
DAP mengidap ketagihan menghina Islam
Pagi semalam, ketika minum bersama-sama bekas Spaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang kini Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Cik Gu Rahim), anaknya, Waejo dan dua sahabat yang lain, saya naik angin betul ketika membaca beberapa kenyataan pemimpin DAP yang mempariahkan PAS.
Walaupun Cik Gu Rahim memberikan pelbagai hujjah untuk menyabarkan saya dan sahabat-sahabat lain, kata-kata beliau bagaikan tidak dihormati - walaupun kami hormat dan kasih kepadanya.
Setiap kali mereka mempariahkan PAS, para pemimpin DAP mendakwa kononnya penyokong mereka tidak boleh menerima PASlah, tidak selesa dengan PASlah. Macam-macam alasan digunakan untuk mewajarkan perbuatan mereka menghina PAS.
Para pemimpin PAS pula, tak habis-habis dengan pelbagai dalih dan alasan supaya ahli-ahli dan para penyokong tidak bertindak balas terhadap penghinaan demi penghinaan DAP itu.
... Sudah berpuluh tahun DAP mencetuskan api perkauman dengan perbuatan mereka menghina perjuangan PAS. Kemuncaknya selepas PAS menang banyak kerusi di Kelantan pada pilihan raya 1990. Tidak sedikit pun DAP menghormati hak demokratik PAS untuk memperjuangkan Islam.
Sejak berpuluh tahun itulah ahli dan penyokong PAS bersabar. Saya sendiri berusaha bersungguh-sungguh untuk bersabar. Saya benci perkauman. Sejak kecil saya berkawan dengan orang-orang Cina dan India. Tak pernah ada masalah.
Malah, dalam pilihan raya 1974, ketika Cik Gu Fadhlan Yahya bertanding di tempat saya, saya berkerja untuk calon DAP itu. Berkerja bersama-sama kawan-kawan Cina di kampung saya. Banyak lagi, tak payah ungkit.
Tetapi, oleh kerana DAP terlalu melampau menghina PAS tanpa mempedulikan langsung hak demokratik PAS untuk memperjuangkan Islam, kali ini tidak lagi. Tit for tat!
Saya sudah beritahu berpuluh-puluh orang PAS, "kalau pemimpin DAP buat lagi kenyataan yang hina PAS, cari depa, tampaq depa! Setakat nak bayar duit saman, hampa bagi tau aku. Aku boleh cari".
"Hampa tau pasai apa DAP suka buat kenyataan hina PAS? Sebab PAS perjuangkan Islam. Yang depa nak sangat hina tu bukan setakat PAS, tetapi yang depa ketagih sangat nak hina tu (ialah) Islam! Kalau depa buat perangai lagi, kalau jumpa depa di mana-mana, tampaq muka depa. Duit nak bayaq saman, aku boleh tolong cari".
Itu semua adalah sedikit sahaja dari kebangsatan yang ditunjukkan DAP ketika baru beberapa hari menang 18 kerusi di Perak.
Semuanya tercatat dalam Internet dan siapa-siapa saja boleh rujuk dan kaji.
Malah ulasan-ulasan terbaik mengenainya bagi saya ditulis oleh Blogger-Blogger Islam PAS dan PKR sendiri. Tapi sama saja, bila digula-gulakan oleh tipu daya, wayang dan drama yang diolah sedemikian rupa oleh bangsat-bangsat yang sudahpun terbukti membenci mereka, mereka dengan sekelip mata lupa. Cakap berdegar-degar nak tampar DAP lah, DAP ketagih hina Islam lah, DAP itulah, inilah, hanya tinggal cakap.
Blogger PAS, ahli PAS, pemimpin pusat PAS, malah seluruh penyokong PAS, sama saja dengan 6 ADUN Pas Perak yang dicucuk hidung.
‘Limau purut enam serangkai, buta perut tak ada akai'
started out with an incredible objective of ensuring environmental sustainability through innovative green engineering.나주초콜릿
ReplyDelete목포초콜릿
순천초콜릿
여수초콜릿
익산초콜릿
정읍초콜릿
남원초콜릿 Our journey began as a fertilizer manufacturing company, utilizing available wastes and converting them into value-added nutrition for plants.