Thursday, December 3, 2009

Hotel Boutique yang menarik: Jeumpa D' Ramo

Sesiapa yang selalu lalu di Jalan Maarof, Bangsar, mungkin pernah melihat sebuah rumah corner lot berwarna putih yang tiba-tiba ada banyak pulak parking kereta di depannya. Rumah ini terletak di simpang Jalan bangkung-Jalan Maarof, dan bertentang dengan satu stesyen minyak Petronas.

Saya selalu tertanya-tanya: apa punya pelik rumah ni, buang space punyalah besar hanya sbb nak buat parking?



Lalu baru-baru ini soalan saya terjawab. Saya diminta utk datang ke satu alamat di Jalan Maarof untuk menghadiri satu acara. Lah.. rupanya ke rumah putih corner lot tersebut.

Barulah saya tahu rumah itu sebenarnya satu boutique hotel bertaraf 5 bintang.

Memang cantik sungguh hotel ni. Tenang dan rileks. Biliknya terasa sangat eksklusif. Perabotnya nampak mahal dan dekorasinya sungguh eksklusif. Bukan eksklusif yang angkuh atau yang bising, tapi eksklusif yang rileks. I like it.



Saya dibawa melawat sekeliling rumah tumpangan ini oleh Tan Sri Sanusi Junid, bekas MB Kedah dan antara orang kanan Mahathir. Saya rasa rumah ini beliau yang punya, tapi saya tak pasti. Saya segan nak tanya, takut dikata tidak sopan. Menurut beliau, rumah ini diguna beliau sebagai tempat menyambut para tetamu dari Acheh, dan ini jugalah tempat perjumpaan para pemimpin acheh dengan pihak-pihak yg ingin membantu mereka ekoran peristiwa Tsunami. Kalau nak tahu, Tan Sri Sanusi merupakan anak saudara Hasan d Tiro, bekas pemimpin perang GAM dengan ABRI yg kini di Sweden. Kalau tak salah saya juga, beliau antara 2-3 orang yang paling layak dalam satu dunia ini untuk memimpin seluruh bangsa Acheh, dari segi keturunan.

Apapun, Jeumpa d Ramo ini, iaitu bahasa Acheh untuk frasa "berkumpul di serambi", merupakan satu hotel yg sesangat berbaloi untuk beromantik hujung minggu dengan isteri, tanpa perlu keluar jauh dari KL.

2 comments:

  1. hahhaha....blh jadi promoter..cubaan yg bgoz..hee

    ReplyDelete
  2. Salam saudara, saya setuju dengan artikel saudara. Hotel butik ini sangatlah unik. Saya juga seperti saudara pernah dibawa untuk melihat dalamnya, rasa macam nak cuba duduk hujung minggu je. Insya Allah satu hari nanti. Btw, sedikit pembetulan, "Jeumpa d Ramo" sebenarnya bererti "Cempaka di Serambi". Cempaka adalah bunga negeri Aceh yang juga digunakan sebagai logo hotel butik ini.

    ReplyDelete