Sunday, April 26, 2009

Hmmm … Permulaan yang menarik oleh Menteri UMNO yang ini

Kalau baca posting aku yang lepas, aku sudah nyatakan bagaimana aku telah membuat boikot peribadi daripada mengikuti sangat isu-isu politik.

Sebabnya, aku bosan dengan hampir semua politician, tak kira belah mana, yang sebuk sangat pasal politik sedangkan orang susah makin susah, orang yang sebelum ni kira ok-ok pun dah jadi susah, sebab kena buang kerja, sebab masa kerja dipendekkan dan gaji dipotong, sebab barang yang makin mahal dan sebagainya.

Maka dengan sebelah mata je aku pandang kes Eli, kes Fairus di Penang dan 3 pilihanraya kecil. Dan bila Najib naik PM dan membentuk kabinet, itu juga tak sangat menarik minat aku, kerana pada masa yang sama aku pulak terpaksa membuang beberapa staf dari syarikat atas sebab mengurangkan salary bill, jadi aku pun turut menyumbang kepada kesusahan rakyat. Tak boleh nak buat macam mana, either they go or the company sinks, yang bermakna staf-staf lain dan aku sendiri juga akan menganggur.

Kata kuncinya, politik tidak penting bila masa depan peribadi dan orang-orang di bawah tanggungan kita dalam risiko.

Tapi, memandangkan aku ni warga Malaysia yang masih menonton TV dan membaca suratkhabar, maka aku tidak terlepas dari “memfollow” berita-berita semasa. Dan ada perkembangan menarik yang aku rasa layak aku buat komentar.

Ianya berkenaan Menteri Wilayah yang tak ada orang kenal, Raja Nong Chik.

Siapa yang kenal Raja Nong Chik? Sepuluh MP Wilayah dari PR semua tak kenal Raja Nong Chik bila diminta ulas perlantikan Menteri baru Wilayah. Aku lagilah tak kenal, tapi memang selama ni pun kalau ada kabinet baru dan orang baru memang aku tak kenal. Kalau masa Pak Lah buat kabinet lepas, aku juga tak kenal Shabery Chik, Ismail Sabri atau Shaziman. Yang dari MCA dan MIC atau dari Sabah Sarawak lagilah aku tak kenal.

Tapi yang menarik perhatian aku pada Menteri baru Wilayah ni ialah story yang aku follow dalam Kosmo! hujung minggu baru-baru ini. Sebelum itu, aku mahu katakan bahawa aku bukan pembaca setia Kosmo!, tapi dah rumah mak mertua aku memang tiap-tiap hari beli Kosmo! maka bacalah juga. Bukan nak menyatakan yang aku ni elitis dan tak suka baca paper BM, tapi itu hakikatnya.

Hari Jumaat (atau Khamis? aku dah tak ingat) Kosmo! siarkan cerita nasib keluarga-keluarga setinggan di Jalan Pantai Baru. Hari Sabtu aku baca Raja Nong Chik sudah turun sendiri tengok, dan bagi komitmen nak pindahkan ke rumah yang lebih baik.

Ini satu yang menarik! Sebab biasanya kerja-kerja grassroots yang express dan respond yang laju macam ni setahu aku kalau puak-puak BN, yang terer Samy Vellu je! Sebab tu orang Sungai Siput sayang sangat sampai ramai orang Melayu panggil dia "Yeop Mie". Heheheh. Tapi ini dulu la.

Lalu aku pun meng’google’ Raja Nong Chik. Menarik. Tak ada political baggage. Tak ada kes, tak ada cerita buruk. Mungkin inilah sebabnya Najib bagi laluan pada dia.

Dan aku buat search di Youtube. Posting yang ada dari Buletin Utama, pasal hal public transport, penjaja bandar dan PPR. Ini isu-isu orang susah.

Hmmm. Menarik Menteri yang satu ini. Mungkin dalam tindakan-tindakan awal ini ada klu-klu mengapa DS Najib memilih beliau.

Menyebabkan aku sendiri yang sudah muak politik mula berminat untuk memantau Menteri yang satu ini.